Saturday 31 May 2014

Bercuti Di Hanoi, Vietnam: 1/3. Hanoi dan Halong Bay

Bercuti di Hanoi Episod 1/3: Hanoi & Halong Bay.
Hanoi adalah destinasi popular kerana bandarnya unik. Bandar Hanoi penuh dengan kedai-kedai yang menjual souvenir dan jalan-jalan yang sangat sibuk serta sempit.
Saya melawat Bandar Hanoi, Ninh Binh- Tam Coc, Mai Chau dan Perfume Pagoda dalam tempoh 9 hari. 




                                   




Semasa berjalan di bandar Hanoi, terutama di daerah "Hoan Kiem" dan "Old Quater", tahap kebisingan bunyi amat ketara. Terutama sekali bunyi honk motosikal. Jalan-jalan di penuhi dengan motosikal dan van yang membawa pelancong. Terdapat banyak rumah tumpangan dan hotel-hotel di Hanoi. Kadar nya juga bermula dari 7 USD semalam. Pelancong boleh menempah bila-bila masa serta tawar-menawar harga lagi.

Tempat yang biasa di kunjungi pelancong di Bandar Hanoi ialah Ho Chi Minh Mausoleum, Hoan Kiem Lake, One Pillar Pagoda, Water Puppet Show, Temple of Literature dan beberapa lagi.
Pertunjukkan Air Patung (Water Puppet Show)

Semasa saya di Temple of Literature iaitu Universiti pertama Vietnam, terdapat juga ramai murid-murid sekolah rendah juga membuat lawatan ke sana.


Jangan lupa menaiki  "Cyclo" iaitu beca tiga roda selama 1 jam mengelilingi sekitar bandar. Saya suka "Cyclo ride" ini kerana saya dapat menimati bandar Hanoi dengan teliti, selesa dan mengambil gambar dengan senang. Setiap Cyclo hanya boleh duduki seorang sahaja.



Pasar besar Hanoi juga ialah pasar borong. Ia penuh dengan kedai-kedai yang menjualberbagai jenis barang dari makanan ke pakaian.

Pasar Besar Hanoi





Halong Bay
Halong Bay ialah salah satu tempat pelancongan yang terkenal di dunia. Perjalanan ke Halong Bay Dari Hanoi memerlukan 4 jam.


Pemandangan amat indah dari kapal se masa menuju ke Halong Bay.
Banyak pulau-pulau mempunyai cerita donggeng tersendiri


 Pulau yang terkenal ini dengan bentuk brebelah dua adalah mengenai cerita percintaan dua orang yang terpaksa pisah.




Banyak tempat di pulau Halong perlu mendaki bukit.
Kami perlu masuk gua dan mendaki tangga serta celah-celah kecil untuk ke sebelah belakang bukit untuk menikmati pemandangan  yang indah.

Berjalan dalam gua ini menuju ke celahan yang bercahaya di hujung
Makanan di Vietnam terdiri dari makanan laut seperti ketam, sotong, udang, satay ayam dan ulam-ulam.

Versi Bahasa Inggeris post ini boleh didapati di: My holiday in Hanoi Part 1

No comments:

Post a Comment