Tuesday 10 June 2014

Tam Coc - Bercuti di Hanoi Episod 2/3

Tam Coc - Bercuti di Hanoi Episode 2/3
Tam Coc
Pada saya, Tam Coc, Ninh Binh adalah salah satu destinasi yang wajib bagi semua pelancong ke Hanoi. Perjalanan dari Hanoi ke Ninh Binh mengambil 4 jam dengan kereta. Di Ninh Binh, dua tempat yang saya mengunjungi ialah Bich Dong Pagoda dan Tam Coc.

Yang istimewa di Tam Coc  ialah perjalanan dengan sampan selama 2 jam dengan melalui gua (grotto).  Kesemuanya ada 3 Gua dan yang paling kecil adalah 20m lebar dan kurang dari 2m dari permukaan air. (Rujuk: Vietnam Beauty)
Sampan yang saya duduki ini di kayuh dengan mengguna tenaga kaki dan bukan tangan! Wanita ini bersandar ke belakang serta menggunakan kedua-dua kaki sahaja mengayuh sampan ini.


Jetty Tam Coc, iaitu Tam Coc Pier atau Wharf, tempat pelancong menaiki sampan.